Teman teman Blogger

Bonda uminas Hajjah Khatijah Awang telah meninggal dunia pada hari Khamis 3.25 pagi 19hb Mei 2011. Hadiahkan Al Fatihah dan doa moga arwah sentiasa dilapangkan dan ditempatkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan solehah. Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Al Fatihah.

Selasa, 15 Mei 2012

Bela negara dengan goyang punggung?? Aibnya...

Memalukan bila orang yang sepatutnya menjadi contoh terbaik untuk ikutan anak cucu tiba tiba mencampakkan maruahnya dalam longkang yang  busuk dan hanyir..

Umur sudah hujung senja...tiba tiba dengan umur berbaki sedikit buat tindakan yang tak bermoral konon untuk bela negara dari dirosakkan..


Bela negara bukan dengan goyang punggung lah!!!!

Lebih mengibkan bila acara  goyang  punggung dibuat depan rumah orang bukan Islam...


Rabu, 28 Mac 2012

Rafidah : BN berlubang sana sini???

Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.

"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.

Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial.

Baca lagi di sini

##

Lantang sungguh kak Pidah menyindir kak Ijat..Ni mesti balas dendam kes kalah berebut kerusi ketua wanita UMNO..Barang yang lepas jangan dikenang kak Pidah oi..

Dalam lantang menyindir kak Ijat, tersasul pulak membuka pekung di dada..

Alahai... kelambu BN berlubang sana sini...
Berlubang satu dua boleh lah nak baiki tapi kalau dah berlubang sana sini..buang dalam tong sampahlah..ganti yang baru..

Kelambu dah berlubang banyak sangat..kita bakor jee..

PGU lah nampaknya lepas ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive